Status Hati:Dia Milikku ~ Ayumi Syafiqah

Harga Asal: RM21.00 ~ SOLD
Harga Tawaran : RM17.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Illsya Kirana, gadis cantik berkerjaya yang punya ramai peminat. Namun, masih tiada walau seorang lelaki pun yang mampu menawan sekeping hati miliknya. Bagi Kirana, selagi seorang lelaki yang kacak, kaya, berkerjaya, berpelajaran tinggi, romantik dan setia tidak muncul di depan mata, selagi itulah dia tidak akan berkahwin. Sikapnya yang pemilih itu nyata amat merisaukan emaknya, Kamariah.

Bagi Kamariah, usia dua puluh enam tahun telah melayakkan seorang gadis untuk mendirikan rumah tangga. Lantas atas persetujuan Kirana, dia bertindak mencarikan jodoh untuk anak gadisnya itu. Dengan bantuan adik perempuan Kirana, Kamariah menemui rakan lamanya, Dahlia di Facebook. Kebetulan ketika itu, Dahlia juga sedang mencari jodoh untuk anak lelakinya.

Saat bertentang mata dengan Edryzal, Kirana sedar ada satu perasaan halus menyentuh hatinya. Tetapi sayang, lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat untuk menjalinkan hubungan dengannya. Sikap dingin lelaki itu seakan-akan melumpuhkan impian perkahwinan indah Kirana.

Kirana terkejut apabila Edryzal setuju untuk menyuntingnya sebagai isteri. Tetapi dia tahu, lelaki itu menerimanya atas dasar permintaan orang tua mereka. Puas berbolak-balik dengan hati sendiri, Kirana akhirnya menerima tetapi dengan syarat, pertunangan mereka haruslah diikat untuk tempoh setahun. Dia tidak mahu lelaki itu menikahinya tanpa rasa cinta dan semata-mata kerana orang tua mereka.

Berjayakah Kirana menjadikan impiannya satu realiti? Mampukah dia membuat lelaki itu jatuh cinta padanya sebelum tarikh pernikahan mereka tiba? Dan, bisakah dia menerima seandainya dia tahu ada nama gadis lain yang sudah terukir indah di hati Edryzal?

“Mungkin dia dingin, mungkin dia kaku, mungkin juga dia kayu... tetapi apabila status hati hanya tertulis namanya, maka hanya dia milikku dan hanya aku yang berhak atas cintanya.”

Pelangi Cinta Buat Suami ~ Acik Lana

Harga Asal: RM30.00
Harga Tawaran : RM25.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Kaki Novel Enterprise
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Kata orang cinta itu mampu hadir dari pelbagai rupa, segi dan cara. Kadangkala datangnya langsung tidak mampu diramal oleh jiwa, begitu saja.

Imanina : Kerana sebuah diari, perasaan cinta di hati wujud serta merta. Dia terpesona, kagum dan terpukau dengan kata-kata indah itu kerana menyedari betapa beruntungnya menjadi wanita yang dikasihi seorang suami dengan sepenuh hati.

Tengku Qalif : Cintanya kepada Liyana umpama langit yang tidak bersempadan, umpama udara yang
memenuhi bumi, dan sebuah kehilangan membuatkan separuh nyawanya mati. Kerana cintanya satu, mustahil untuk dia memberi rasa serupa kepada yang kedua.

Menyedari keadaan Tengku Qalif yang bagaikan 'mayat bernyawa' Imanina tekad mahu membahagiakan lelaki bergelar duda itu. Namun Tengku Qalif berterusan menolak dan menepis setiap bantuan darinya.

Dan ketika Imanina melamar Tengku Qalif dengan sebuah perkahwinan, perasaan benci di hati kian memuncak. Semakin jauh mengelak, semakin dekat Imanina menghampiri. Dan kerana sebuah cabaran, akhirnya Tengku Qalif terpaksa bersetuju untuk menikahi Imanina.

Perkahwinan yang awalnya dialas dengan kebencian perlahan-lahan berubah menjadi perkahwinan kedua yang terlalu bermakna untuknya. Ketika bahagia merantai hubungan mereka, ada malang datang bertandang. Perpisahan tidak terduga meletakkan Imanina di tempat Tengku Qalif seperti suatu masa dahulu. Sama tidak berbeza.

Namun kemunculan seorang lelaki di pertengahan jalan sengsara membuatkan hati Imanina terbelah dua. Perlukah dia kekal setia dengan sumpah janjinya kepada orang yang telah tiada? Dan ketika tangan bersedia untuk menyambut huluran cinta yang lain, ada sesuatu merentap
semula tangannya.

Dugaan masih mendatang dan mungkinkah selepas ribut, taufan dan hujan, pelangi itu masih kekal setia di langit?

“Percayalah kasih… kesetiaan ini, Kesetiaan yang tak kau duga.”

Pukul 3.00 Pagi... ~ Aina Emir

Harga Asal: RM23.90
Harga Tawaran : RM18.00 (free postage)
Muka Surat : n/a ms
Terbitan : Karnadya Solutions
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Pukul 3.00 pagi sudah menjadi sinonim dengan ritma otaknya kerana di waktu begitu dia sering berlegar-legar di alam maya, terutama di blog Kuntum Merah Jambu. Maklumlah pada siang hari, dia bekerja di sebuah syarikat ICT. Pada waktu malamlah dia aktif dengan bisnes online nya.

Pun begitu, Dania atau 'Nia' berdepan dengan masalah bekalan yang sering kali terputus. Ketika itulah, lelaki kacak tapi 'brutal' bernama Danish muncul sebagai hero. Danish beria-ia memaksa abangnya Anas untuk
membantu Nia. Semestinya ada udang di sebalik mi goreng, itulah sangka Nia.

Dania juga mempunyai masalah dalam keluarga. Ibu dan ayah tidak sehaluan. Malah, bertimpa-timpa musibah
datang memberi tekanan.

Sementara itu, kehadiran bos berpersonaliti 'enigma' di tempat kerjanya sering kali buat Nia jadi bingung.

Ada ketika Khairin garang macam singa, ada masa dia jadi macam anak kucing. Tentunya lelaki genius itu mampu menggoyahkan perasaan Nia, mungkin kerana 'kepelikan' dan 'keunikan' yang ada pada dirinya. Lagipun, bukankah Khairin memang ada hati pada Dania?

Tetapi... siapa pula agaknya yang suka benar mengganggu Nia di awal pagi? Keadaan itu kadang-kadang
membuatkan dia rimas dan sakit hati. Sesungguhnya, Dania tidak pernah teringin untuk bermadu kasih
dengan hak orang.

Pukul 3.00 Pagi, membincangkan perasaan 'baik' vs 'jahat'. Apakah mungkin label 'baik' pada Dania mampu untuk berubah? Bukankah dia sekadar manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan?
Tapi... kenapa Kak Rina marah-marah dan menganggap Dania tidak bijak dalam urusan memilih calon?

Buat Yang Tersayang ~ Maya Rasyidah

Harga Asal: RM19.90
Harga Tawaran : RM16.00 (free postage)
Muka Surat : 496ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

Sekiranya mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran, Syira wajib berkahwin dengan calon suami yang dipilih ayahnya. Dia terpaksa akur dengan syarat itu demi cita-citanya yang satu.

Belumpun diijabkabulkan, dia bagaikan sudah ditalak. Airy yang tidak mahu bertemu dengannya sehingga sah menjadi suami isteri, terang-terangan memberitahu sudah ada kekasih yang mengisi jiwanya. Dalam pada diri redha, hati Syira terluka. Dia turutkan jua permintaan Airy untuk berlakon sebagai pasangan yang bahagia.

Perwatakan Syira yang bijak dalam segala hal sedikit demi sedikit menawan hati Airy tanpa disedarinya. Syira sangat sempurna sebagai wanita dan isteri. Kerana ego, tergamak dia menghancurluluhkan perasaan Syira. Bersama cinta yang sudah bertunas untuk si suami, Syira tekad membawa diri. Apabila tiba masanya, dia kembali. Namun, mengapa Airy terlalu baik padanya? Mungkin Airy mahu memadukannya. Mungkin juga mahu menceraikannya! Walau apa jua yang terjadi, dipujuk hati agar tabah menghadapi.

Sayang Awak, Sayang ~ Murni Aqila

Harga Asal: RM26.00
Harga Tawaran : RM20.00 (free postage)
Muka Surat : 704ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

SUATU tragedi yang menyayat hati terjadi menyebabkan Junaira dan Haziq yatim piatu, lalu tinggal di rumah Datin Ros yang sangat baik. Tetapi Nazif... menyampah sangat dengan mereka berdua. Asyik menjeling sahaja. Suka cari pasal pulak tu! Bagi Junaira, kalau nak lawan api, mestilah dengan air. Sebelum anak Datin Ros itu kenakan dia, dia mesti kenakan Nazif balik.

Bila Nazif cuba menyakitkan hati Junaira, hatinya sendiri yang sakit. Junaira suka berloyar buruk. Juga suka buat lawak yang entah apa-apa. Tetapi kadang-kadang dia berasa lucu juga. Namun, amanah Datin Ros yang mahu dia mengahwini Junaira, bagai satu malapetaka baginya. “Aku tak faham kenapa aku disuruh kahwin dengan kau. Sebab aku sayangkan mummy, aku terpaksa terima jugak. Hati aku ni sakit setiap kali pandang muka kau tu, sakit sangat. Semuanya disebabkan kau tu...”

Walaupun Junaira tahu kesudahan hubungannya dengan Nazif, cinta untuk lelaki itu kekal tersemat dalam jiwa. Sehinggalah akhirnya, dia tahu kenapa Nazif membenci nya.

Jujur Aku Setia ~ Eka Fahara

Harga Asal: RM25.00
Harga Tawaran : RM19.00 (free postage)
Muka Surat : 640ms
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd
Status : Baik/Sederhana/Buku Lama

Sinopsis di belakang kulit buku:

SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari meninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan,...

PULANGNYA Raniya dari London ke Malaysia hanya untuk merawat hati. Di rumah tok wan dan tok mama dia menumpang kasih. Dia mahu melupakan sejarah cinta yang tidak kesampaian. Namun, hidupnya jadi haru-biru apabila Hardy cuba merampas kasih sayangnya terhadap kedua-dua orang tua itu. Bertekak siang malam dan bermasam muka untuk menentukan siapa yang berhak menjaga mereka sudah menjadi mainan hidup. Tanpa sedar, ada perasaan halus berputik di hati masing-masing.

Bunga-bunga cinta mula berkembang. Apabila berjauhan, seorang merindu dan seorang lagi menanti kepulangan. Ah, itu cuma mainan perasaan! Mana mungkin mereka jatuh cinta? Makin cuba ditepis perasaan kasih, makin ia bercambah di jiwa. Hardy akur, dia juga pernah putus cinta. Untuk menambat hati Raniya bukannya mudah. Gadis itu jinak-jinak merpati. Luaran nampak lembut, tetapi dalaman sangat keras hati. Kelu lidah Raniya untuk berbicara tatkala lelaki itu berani mengucapkan kata sayang kepadanya. Dia boleh terima ucapan keramat itu, tetapi siapa Fasya di hati Hardy?

Borang Tempahan

ORDER FORM
Name:
Email Address:
BOOK/NOVEL GENRE MALAY NOVEL GENERAL BOOKS BUSINESS BOOKS
ADDRESS
ITEM/S TO ORDER
This contact form was created by Freedback.

- Copyright © Aynora Store - Hatsune Miku - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -